Saturday, 19 August 2017

Tips Simpan Emas

Assalamualaikum Salam 1Malaysia..

Walau siapa pun kita, walau sebanyak mana pun harta, jangan lupa sedikit sebanyak 'reserve' untuk sekut emas ni. Nanti senang nak cairkan berbanding rumah dan tanah.

Tips simpan emas:

1) Simpan ikut kemampuan. Jangan sampai tak cukup nak makan sebab beli emas, nanti rasa terbeban.

2) Konsisten ikut pendapatan. Kalau makan gaji, istiqamah setiap bulan. Kalau berniaga mungkin boleh beli seminggu sekali.

3) Bila nak tambah modal bisnes, macam beli meja or buka cawangan baru, lebih baik pajak sebab duit tu kita akan dapat balik dari keuntungan nanti. So boleh tebus nanti.

4) Jangan pajak bila nak bayar hutang. Kalau niat nak settle hutang PTPTN atau bank, terus jual jer emas yang ada ikut nilai yang kita nak. Jangan saje saje bayar upah dekat arrahnu.

5) Akhir sekali, kena faham arrahnu pun buat bisnes. Dorang bukannya 'malaikat' yang nak tolong kita bila dalam kesusahan. So, mesti ada win-win situation kalau berurusan dengan mereka.

Jumpa  lagiii...

No comments:

Post a Comment