Tuesday, 19 September 2017

Jom Kumpul Emas

Assalamualaikum..

Jom kita sama sama pasang niat untuk konsisten menabung emas setiap bulan.

Segalanya hanyalah untuk kepentingan diri kita dan keluarga di masa hadapan.

Bagi yang masih belum konsisten menyimpan emas disebabkan banyak keperluan harian yang mesti didahulukan, Berdoalah. Pasang niat moga Allah permudahkan untuk menabung emas.

EMAS ni kan, Ibarat macam henfon atau kereta. Boleh bawa ke mana mana jaaa. Cuma EMAS ini laku sepanjang hayat dan harganya semakin meningkat tau!

20 TAHUN yang akan datang kemungkinan 1gram boleh beli sebiji motosikal walaupun kebanyakan orang pandang remeh pada emas yang sekecil 1gram ini.
1⃣gram 1⃣Bulan 1⃣keluarga

Saturday, 16 September 2017

Tips Aura Emas

Assalamualaikum Selamat Sejahtera..

Sesiapa yang dah ada emas 0.5 gram atau 1/4 dinar tu bawalah dalam dompet setiap masa. Emas ni aura dia menarik lagi emas datang kepada kita tau.

Untuk yang wanita pula emas ini boleh MENCUCI AURA NEGATIF tapi perlu dikenakan kepada kulit contoh pakai cincin @ gelang emas. Lelaki tak boleh pakai emas yer. Kalau untuk wanita semakin tinggi nilai ketulenan emas itu lagi baik aura pembersih aura negatif nya.

Tapi emas yg di pakai tu perlu di CLEANSING sekali seminggu dengan air paip mengalir untuk buang kekotoran negatif yang dah di sedut itu. Emas itu secara tak langsung menceriakan si pemakai & menaikkan seri. Perasan tak kalau org dulu-dulu pakai susuk emas untuk jadi penarik?

Tapi janganlah percaya & beriktikad bahawa emas pula yang ada kuasa. Tiada daya dan kuasa hanya Allah SWT sahaja. Emas itu menarik sebab sunnahtullah. Seperti api itu panas sebab sunnahtullah.

✅Emas menjemput ceria.
✅Emas menjemput senang.
✅Adanya emas kita pun seronok. Tapi janganlah pula terlupa diri dengan emas ini.
✅Emas menjemput emas. Duit menjemput duit. Kalau dengan kita ada banyak emas maka lagi banyak emas nak datang pada kita. Sebab emas itu secara lumrahnya pun suka pada mereka yang suka pada mereka.

🙋🏻Jom simpan emas sikit-sikit?

Thursday, 7 September 2017

Jom Simpan Emas

~~JANGAN BERTANGGUH~~

Saya berminat untuk mula menyimpan emas. Bajet saya segram saja sebulan. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Esok tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Minggu depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Bulan depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Dengar nasihat saya. Tanya harga segram tidak menjadikan gram anda bertambah. Bila sudah ada duit, mula saja dengan segram sebagai permulaan.

Bila sudah mula, kita akan cepat serba-serbi. Cepat faham mahal murah harga. Cepat bertambah gram yang disimpan. Cepat bertambah harta dan kekayaan kita.

Selagi tidak bermula, rasa takut dan tamak akan selalu mengacau. Setiap kali tanya, harga semakin naik. Kita jadi takut.

Setiap kali tanya, harga makin turun. Kita pula jadi tamak.

Masa bergerak terlalu lantas. Sedar tak sedar selepas bertahun-tahun tahu tentang emas dan kebaikan menyimpannya, kita masih di takuk lama.

Segram pun takde!

PEPATAH EMAS: "Jangan Tunggu Baru Beli tetapi Beli Dulu Baru Tunggu"

#jomsimpanemas