Saturday, 16 September 2017

Tips Aura Emas

Assalamualaikum Selamat Sejahtera..

Sesiapa yang dah ada emas 0.5 gram atau 1/4 dinar tu bawalah dalam dompet setiap masa. Emas ni aura dia menarik lagi emas datang kepada kita tau.

Untuk yang wanita pula emas ini boleh MENCUCI AURA NEGATIF tapi perlu dikenakan kepada kulit contoh pakai cincin @ gelang emas. Lelaki tak boleh pakai emas yer. Kalau untuk wanita semakin tinggi nilai ketulenan emas itu lagi baik aura pembersih aura negatif nya.

Tapi emas yg di pakai tu perlu di CLEANSING sekali seminggu dengan air paip mengalir untuk buang kekotoran negatif yang dah di sedut itu. Emas itu secara tak langsung menceriakan si pemakai & menaikkan seri. Perasan tak kalau org dulu-dulu pakai susuk emas untuk jadi penarik?

Tapi janganlah percaya & beriktikad bahawa emas pula yang ada kuasa. Tiada daya dan kuasa hanya Allah SWT sahaja. Emas itu menarik sebab sunnahtullah. Seperti api itu panas sebab sunnahtullah.

✅Emas menjemput ceria.
✅Emas menjemput senang.
✅Adanya emas kita pun seronok. Tapi janganlah pula terlupa diri dengan emas ini.
✅Emas menjemput emas. Duit menjemput duit. Kalau dengan kita ada banyak emas maka lagi banyak emas nak datang pada kita. Sebab emas itu secara lumrahnya pun suka pada mereka yang suka pada mereka.

🙋🏻Jom simpan emas sikit-sikit?

No comments:

Post a Comment