Tuesday, 19 September 2017

Jom Kumpul Emas

Assalamualaikum..

Jom kita sama sama pasang niat untuk konsisten menabung emas setiap bulan.

Segalanya hanyalah untuk kepentingan diri kita dan keluarga di masa hadapan.

Bagi yang masih belum konsisten menyimpan emas disebabkan banyak keperluan harian yang mesti didahulukan, Berdoalah. Pasang niat moga Allah permudahkan untuk menabung emas.

EMAS ni kan, Ibarat macam henfon atau kereta. Boleh bawa ke mana mana jaaa. Cuma EMAS ini laku sepanjang hayat dan harganya semakin meningkat tau!

20 TAHUN yang akan datang kemungkinan 1gram boleh beli sebiji motosikal walaupun kebanyakan orang pandang remeh pada emas yang sekecil 1gram ini.
1⃣gram 1⃣Bulan 1⃣keluarga

Saturday, 16 September 2017

Tips Aura Emas

Assalamualaikum Selamat Sejahtera..

Sesiapa yang dah ada emas 0.5 gram atau 1/4 dinar tu bawalah dalam dompet setiap masa. Emas ni aura dia menarik lagi emas datang kepada kita tau.

Untuk yang wanita pula emas ini boleh MENCUCI AURA NEGATIF tapi perlu dikenakan kepada kulit contoh pakai cincin @ gelang emas. Lelaki tak boleh pakai emas yer. Kalau untuk wanita semakin tinggi nilai ketulenan emas itu lagi baik aura pembersih aura negatif nya.

Tapi emas yg di pakai tu perlu di CLEANSING sekali seminggu dengan air paip mengalir untuk buang kekotoran negatif yang dah di sedut itu. Emas itu secara tak langsung menceriakan si pemakai & menaikkan seri. Perasan tak kalau org dulu-dulu pakai susuk emas untuk jadi penarik?

Tapi janganlah percaya & beriktikad bahawa emas pula yang ada kuasa. Tiada daya dan kuasa hanya Allah SWT sahaja. Emas itu menarik sebab sunnahtullah. Seperti api itu panas sebab sunnahtullah.

✅Emas menjemput ceria.
✅Emas menjemput senang.
✅Adanya emas kita pun seronok. Tapi janganlah pula terlupa diri dengan emas ini.
✅Emas menjemput emas. Duit menjemput duit. Kalau dengan kita ada banyak emas maka lagi banyak emas nak datang pada kita. Sebab emas itu secara lumrahnya pun suka pada mereka yang suka pada mereka.

๐Ÿ™‹๐ŸปJom simpan emas sikit-sikit?

Thursday, 7 September 2017

Jom Simpan Emas

~~JANGAN BERTANGGUH~~

Saya berminat untuk mula menyimpan emas. Bajet saya segram saja sebulan. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Esok tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Minggu depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Bulan depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni Tuan?

Senyap.

Dengar nasihat saya. Tanya harga segram tidak menjadikan gram anda bertambah. Bila sudah ada duit, mula saja dengan segram sebagai permulaan.

Bila sudah mula, kita akan cepat serba-serbi. Cepat faham mahal murah harga. Cepat bertambah gram yang disimpan. Cepat bertambah harta dan kekayaan kita.

Selagi tidak bermula, rasa takut dan tamak akan selalu mengacau. Setiap kali tanya, harga semakin naik. Kita jadi takut.

Setiap kali tanya, harga makin turun. Kita pula jadi tamak.

Masa bergerak terlalu lantas. Sedar tak sedar selepas bertahun-tahun tahu tentang emas dan kebaikan menyimpannya, kita masih di takuk lama.

Segram pun takde!

PEPATAH EMAS: "Jangan Tunggu Baru Beli tetapi Beli Dulu Baru Tunggu"

#jomsimpanemas

Tuesday, 29 August 2017

Hari Gaji Hari Emas

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Hari ni gaji..jom balik kampung sambut raya aji..

Soalan wajib tanya hari gaji, berapa banyak boleh simpan dan berapa lama ia bertahan lama bergantung kepada perangai kita berbelanja.

Untuk gaji boleh disimpan dan tahan lebih lama, apa yang anda  perlukan hanyalah PAKSA. Sebanyak mana gaji yang anda PAKSA untuk simpan, sebanyak itulah gaji anda yang akan bertahan.

Simpan TUNAI tak tahan lama sebab nalurinya untuk berbelanja. Selagi ada duit, selagi itu kepala ligat fikir nak beli apa.

Tak payah tunggu ada 5K baru boleh beli emas. ? Gaji jer PAKSA diri asingkan rm100-rm200. Dah boleh rembat 0.5 gram @ 1gram sekeping!




Lepas tu kita letak dalam wallet. Tengok berapa bulan kekal dia sebagai emas yang anda beli tu? Kalau duit kekal tak dalam wallet๐Ÿ˜œ

Tepuk dada tanya fikiran...hehe

Jumpa lagi

Tips Emas

Assalamualaikum..

7 PERKARA JANGAN DALAM SIMPANAN EMAS.

1⃣Jangan MALAS untuk mencari maklumat dan ilmu berkaitan simpanan emas yang tak pernah habis.

2⃣Jangan AR RAHNU emas sebarangan.

Sistem ar rahnu diperkenalkan untuk memberi pinjaman kewangan kepada pemilik emas  yang terdesak memerlukan wang.

Sistem 35:65 atau 30:70 hanya diamalkan oleh mereka yang tamak.

3⃣Jangan JUAL emas tanpa sebab kecuali...

nak beli
๐Ÿ”ฅrumah
๐Ÿ”ฅhartanah
๐Ÿ”ฅemas dalam bentuk lain
๐Ÿ”ฅmodal bisnes
๐Ÿ”ฅkeperluan / terdesak

4⃣Jangan SIMPAN banyak sangat wang kertas.

Bertukarlah sekarang. Lebihkan simpanan kepada emas fizikal untuk elak masalah inflasi dan susut nilai.

Kaji nilai emas dari tahun ke setahun berbanding nilai dividen / bonus yang ditawarkan bila mebuat simpanan wang.

ps : Sekali cucuk kena tax.

5⃣Jangan TOLAK atau MENAFIKAN nilai dinar dan dirham / emas dan perak.

6⃣Jangan TUNGGU sehingga harga murah.

Bila harga emas akan murah? Jadikan 1 gram pertama sebagai benchmark harga. Mulakan sekarang.

7⃣Jangan KEDEKUT ilmu.

Emas Sebagai Bon Penyelamat

Assalamualaikum selamat pagi..

Percaya tak?

Bila kita susah sangat sangat tak siapa pun tahu. Dan tak ada siapa pun yang sudi bertanya kabar dan berikan pertolongan pada kita masa susah tu.

Masa susah habis semua duit syiling tabung pun kita kopak! Mana mana yang terselit semua kita bawa keluar. Dan banyak lagi kejadian yang terjadi. Orang yang pernah mengalami ja tahu๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Bila kita senang semua orang akan nampak. Boleh bergelak tawa bersama sama kerana masa ni kita semua adalah sahabat, Teman, Kawan dan sebagainya.

Inilah hakikatnya. Jadi sebelum kita menghadapi perkara diatas atau kita telah mengalaminya, eloklah SIMPAN EMAS dari sekarang. Emas berguna semasa SUSAH.

Tak mampu beli berat-berat. Kita mulakan 0.5gram syiling emas atau 1gram goldbar ok. Kecil2 pon emas.

Sunday, 27 August 2017

Zakat Emas?

*Simpan Emas*
- Kena Zakat (Cukup Haul & Nisab)

*Simpan Wang Fiat*
- Kena Zakat (Cukup Haul & Nisab)

*Simpan Emas*
- Kekal Bernilai Sepanjang Zaman

*Simpan Wang Fiat*
- Saban Tahun (Masa) Jatuh Nilai (kemungkinan jadi ZERO)

Mana pilihan kita?
Dua - dua pun kena zakat..

Wang Fiat sebenarnya hanya medium pertukaran saja bukannya penyimpan NILAI.

Penyimpan NILAI sebenar ialah EMAS.

Emas bernilai dengan sendirinya tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Wang fiat : duit kertas yang tidak disandarkan nilainya dengan emas.

Kestabilannya bergantung kepada kestabilan sesebuah kerajaan.

Cukup simpan wang fiat 6 bulan gaji. Selebihnya alihkan kepada aset.

Apa yang kita capai hari ini berdasarkan usaha kita hari sebelumnya.

Sama juga orang yang simpan emas. Bagi yang dah ada KESEDARAN mengenai simpanan emas mereka akan bermula menyimpan walaupun sekecil emas 0.5gram @ 1gram + pendapatan mereka cukup-cukup makan sahaja.

Tapi jangan lupa. Apa yang kita ada sekarang (EMAS), pasti membawa kebaikan pada masa akan datang.

Jangan pernah berhenti berusaha, tapi berhentilah mengeluh.

Tak ramai orang akan tolong kita di saat kita susah termasuk ahli keluarga kita.

Setuju?๐Ÿ™‹๐Ÿป‍♂

Jadi sediakan payung sebelum hujan. Simpan la  emas walaupun sedikit SETIAP BULAN.

Selamat tengahari... Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š

Saturday, 19 August 2017

Tips Simpan Emas

Assalamualaikum Salam 1Malaysia..

Walau siapa pun kita, walau sebanyak mana pun harta, jangan lupa sedikit sebanyak 'reserve' untuk sekut emas ni. Nanti senang nak cairkan berbanding rumah dan tanah.

Tips simpan emas:

1) Simpan ikut kemampuan. Jangan sampai tak cukup nak makan sebab beli emas, nanti rasa terbeban.

2) Konsisten ikut pendapatan. Kalau makan gaji, istiqamah setiap bulan. Kalau berniaga mungkin boleh beli seminggu sekali.

3) Bila nak tambah modal bisnes, macam beli meja or buka cawangan baru, lebih baik pajak sebab duit tu kita akan dapat balik dari keuntungan nanti. So boleh tebus nanti.

4) Jangan pajak bila nak bayar hutang. Kalau niat nak settle hutang PTPTN atau bank, terus jual jer emas yang ada ikut nilai yang kita nak. Jangan saje saje bayar upah dekat arrahnu.

5) Akhir sekali, kena faham arrahnu pun buat bisnes. Dorang bukannya 'malaikat' yang nak tolong kita bila dalam kesusahan. So, mesti ada win-win situation kalau berurusan dengan mereka.

Jumpa  lagiii...

Emas Banyak Gunanya

๐Ÿ’ŽSALAH SATU KELEBIHAN EMAS.๐Ÿ’Ž

Satu lagi kelebihan emas adalah apabila seseorang diistiharkan muflis, Semua hartanya akan dibekukan kecuali EMAS.

Biaq betui??? ๐Ÿ˜ฑ ๐Ÿ˜ฑ ๐Ÿ˜ฑ

Sebab pemilikan emas tiada siapa yang tahu dan tiada rekod dalam sistem kewangan. Mahupun di BANK Negara sekalipun!

Jadi orang yang diistiharkan muflis tadi boleh mula bangkit semula. Wow, bangkit dalam senyap tak da sapa pun yang tahu.

Dan untuk orang yang ingin menyembunyikan kekayaan dia terutama jika dia perlu membuat peristiharan harta, EMAS terselamat daripada diistiharkan. Jadi dia boleh sorokkan kekayaannya.

Nampak ke tak nampak? Jangan buat2 tak nampak dah laaa ye..

"Saya Doakan tahun ini, gram emas anda makin bertambah" aamiiin  ๐Ÿ˜


Selamat malam semua๐Ÿ˜Š

Rugi ke simpan emas??

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..


TAHUKAH ANDA?
Belian emas tak pernah mengurangkan duit, hakikatnya kita dah menambah nilai wang kita di masa hadapan. Sedarkah kita apa yang kita dapat ubah hanya dengan mulakan walau sekecil gram?

YA!
Kita dapat ubah tabiat BOROS, TAK BERDISIPLIN MENYIMPAN menjadi lebih bijak berbelanja. Selalunya yang biasa dengar :-

TAK ADA DUIT NAK BELI EMAS,
NAK JADI AHLI, TP TAK CUKUP DUIT
MALULAH NAK AJAK ORANG SIMPAN EMAS
EMAS NI KALAU TURUN MACAMANA?
SUSAHLAH SIMPAN EMAS.

Tapi ketahuilah, apa yg pelarian datang bawa malaysia? Emas mereka cop diperakui tak? Tapi boleh jual tak? Orang orang asing yang bekerja di Malaysia bawa balik apa ke tanahair mereka?

EMAS.. ๐Ÿ˜€ Usah takut dengan emas. Belilah emas, simpanlah emas, ajaklah saudara mara kita menyimpan emas..



Jom terokai emas ^^

Klik link di bawah ye..

www.emastulen.com/goldmud

Jumpa lagi...

Wednesday, 16 August 2017

Emas Tabungan Masa Depan

Assalamualaikum Salam 1Malaysia..

Kegilaan terhadap SIMPANAN EMAS bukanlah sesuatu yang salah. Malah adanya emas ianya boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Mungkin emas yang mak kita dapat dari zaman tok nenek kita dulu sekarang ni berguna terhadap diri kita pula.

Salah satu kegunaannya adalah untuk pembiayaan pelajaran anak ke peringkat yang lebih tinggi. Kos belajar sekarang bukanlah ratusan ringgit lagi malah dah cecah ribuan ringgit!


Kisah seorang ibu telah menggadaikan emas yang diwarisinya untuk membiayai kos pendidikan anaknya sehingga berjaya terima Anugerah Pelajaran Di Raja adalah sesuatu yang boleh dibanggakan! ๐Ÿ˜„๐Ÿ’ช๐Ÿป

Kan?

Jumpa lagi..

Emas Mengubah Sikap, Menambah Harta

Assalamualaikum Salam 1Malaysia...

Ini salah satu kesan apabila mula membeli emas dan konsisten membeli walaupun hanya 1 gram sekurang-kurangnya sebulan.

Ramai orang yang TAMAK. Nak mula tapi terus dengan modal besar. Akhirnya, dah beberapa tahun berlalu pun tak mula-mula.

Tapi orang yang BERANI bermula cuma dengan 1 gram, kemudian konsisten membeli, dia akan menambah hartanya sendiri tanpa sedar.



Selain dari itu, duit yang keluar untuk perkara yang tidak berfaedah dapat dielakkan. Sebab beli emas hanya tukar duit jadi emas. Bukan beli barang habis.

Tahniah bagi rakan-rakan yang sudah bermula menyimpan walaupun bermula dengan 0.5gram @ 1gram. ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

Yang belum?
Jom? ๐Ÿ˜‰

Klik link di bawah..

http://www.emastulen.com/goldmud

Jumpa lagi..

Monday, 14 August 2017

Petua Bebas Hutang

Assalamualaikum Salam Sejahtera..

Setiap orang ada hutang.
Baik dengan manusia atau dengan bank, banyak atau sedikit. Besar atau kecil.

Antara sedekah dengan hutang,
Who come first?
Nak selesaikan hutang, Kena banyakkan sedekah.Makin banyak sedekah, makin banyak boleh bayar hutang. Makin cepat boleh lumpsum. Betul ke?
Ya!๐Ÿ˜Š

Especially time dapat gaji.
Katakan gaji masuk pagi. Bawak isteri gi bank sekali, biar isteri tunggu dalam Kereta. Gi bank, keluar kan dulu duit gaji tu.

Masuk Kereta, bagi dulu bahagian isteri. Itu sedekahmu yang utama.

Pastu pergi bank balik, masuk kan duit. Masukkan yang pertama untuk mak ayah di kampung, Anak saudara yatim piatu. Dan kalau ada ahli keluarga yang susah.
Masukkan semampumu.

Kemudian, barulah bayar hutang.Loan Kereta, loan rumah, bil air, bil api. Ada lebih lagi? Bawak famili anak2 gi makan.

Dan akhirnya bayarlah hutang mu dengan manusia. Percaya atau tidak? Hutang yang sepatutnya kamu bayar rm100 (contoh) pada masa itu, Tidak mustahil boleh lumpsum RM500.

Dari mana rm400? Turun dari langit ke? Hujan duit?
BUKAN!  Itu rezeki dari Allah.
ITU kuasa sedekah.

Kerana semasa kamu bersedekah, mereka berterima kasih padamu Dan mengucapkan "semoga murah rezeki selalu".

Nampak tak macamana nak menarik rezeki datang Kepada kita? Cuba dulu, baru tahu.
Semoga sntiasa dimurahkan rezeki selalu..aamiin๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



Jalan alternatif untuk bebas hutang, boleh klik link di bawah :

http://www.emastulen.com/goldmud


Sehingga berjumpa lagi..



Kempen 1 bulan 1gram EMAS


Assalamualaikum dan selamat berehat๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Ramai orang kata, buat apa la beli simpan emas, membazir je.. Baik la simpan duit, nak pakai draw jela.. Apa susah..

Memang la tak susah, yang susahnya, kita takkan dapat simpan duit lama-lama. Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan asyik BOCOR sahaja. Mesti terpakai punya. SETUJU TAK๐Ÿ™‹‍♂

Sebab tu kita digalakkan TUKAR sikit duit kertas ni jadi EMAS.. Dan simpan emas ni macam pelaburan kita untuk masa depan..

Sekarang saya dah bermula beli 1⃣gram harga RM200++. Dapat bonus/duit lebih beli gram  yang lebih berat sikit.

Pakar kata, tahun 2020 nanti, harga mungkin naik jadi RM500/gram..Tak lama dah 2020 tu, setahun dua je lagi..hari ni pun 1gram dah RM 230 +-.. Kalau simpan dari sekarang, 1gram tu  dah untung +- RM300 la lebih kurang.. Untung ke rugi? Bazir ke?

Jom mulakan 1⃣Gram 1⃣Bulan


Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik :

http://www.emastulen.com/goldmud

Jumpa lagi..